Saya
buat rawatan ini seminggu yang lepas atas saranan daripada Dr. Sai dari Poliklinik Permai, KK
disebabkan masalah Chronic Urticaria yang saya alami. Vitamin C ini
bagus untuk kesihatan kulit disamping meningkatkan sistem imunisasi
tubuh terutamanya bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah.
Dalam kes saya, Chronic Urticaria yang saya alami menyebabkan saya
terpaksa mengambil suntikan steroid. Yang terbaru Dr terpaksa memberikan
Injection PREDON 25mg 10ml bersama Prednisolone Tab. Pengambilan
Steroid akan menyebabkan sistem imunisasi kita menjadi lemah.
Drip Vitamin C 1000mg (salt) with Sodium Lactate (HARTMAN's) 500ml
Drip
ni mula-mula nurse nak pasang ditangan saya, tapi disebabkan urat halus
dan dah cucuk 3x sampai naik lebam tak jumpa urat, so saya request buat
kat lengan. Mula-mula nurse tu nak, dia nak cuba juga kat tangan buat
kali ke empat tapi saya dah tak sanggup..Sakit wooo..Saya cakap dengan
dia, kat lengan lagi bagus, urat besar sikit..tapi dia nak cuba jg dekat
tangan, sebab katanya, kalu letak kat lengan tangan tak dapat nak
bengkok..tapi, saya berkeras juga nak letak drip dekat lengan..biarlah
tak dapat nak bengkok, yang penting saya dah tak tahan kena cucuk
berulang kali..last2 nurse tu mengalah juga.
Kesan dari rawatan ni agak bagus dari segi kesihatan. Apa yang saya rasakan, selepas rawatan ini dibuat, saya merasakan badan saya lebih segar dan bertenaga..tapi Hurmm..kesan sampingan lain adalah meningkatkan selera makan. Hahaha, which is tak bagus utuk saya yang bercita-cita nak turunkan berat badan. Tapi dalam tempoh dua minggu lepas buat rawatan ni, masalah chronic urticaria saya dah berkurangan. Yeay, akhirnya saya dalam beradu dengan lena tanpa gangguan. Kalau rakan-rakan blogger nak tahu, kos semua rawatan hari ini RM248.00 termasuklah bayaran consultation dokter dan blood test. Tapi lepas buat rawatan ni kulit memang nampak berseri-seri dan sihat. Rakan-rakan yang nak cuba, dapatkan nasihat dokter terlebih dahulu bagi memastikan rakan-rakan selamat daripada kesan sampingan yang tidak diingini. Wassalam