Sunday 21 January 2018

IUI jadi IVF (Part 2)

So dalam Part 2 ni, Ju nak cerita la macam mana planning IUI tiba-tiba bertukar jadi IVF..memang tak dijangka..mana taknya kena pula cycle ni bulan Ramadhan..mula-mula rasa nak cancel sebab bulan puasa kan..kawan-kawan yang dah pernah buat IUI mesti tahu kan, nanti lepas stimulation cycle dan ovulation induction, sperm suami yang dah di proses akan di masukkan ke dalam rahim untuk persenyawaan..so Ju agak risau nanti time-time bulan puasa begini suami kena bagi sperm fresh..macam mana tu?? Kena buat waktu siang kan?? Nak ka husband Ju ni?

Tapi Dr. Mashita cakap takpe, kita buat stimulation dulu bila dah sampai waktu subur nanti boleh buat timed sexual intercouse..Betul juga, so Ju setuju teruskan.

Second day period kena start ambil clomiphene dan buat blood test kat hospital likas..tapi masa day 2 period Ju, Klinik O&G tutup so day 3 baru dapat ambil darah.

Day 6 period pergi Klinik untuk belajar injection Folicullin..kena inject sendiri ya puan-puan..inject kat perut..dah alang-alang datang Klinik Dr. pun buat la TVS scan nak tengok perkembangan telur..malangnya ubat clomiphene yang ju ambil tak berkesan..Dr. cakap telur Ju ni jenis degil..sebab Ju pun ada PCOS juga..So Dr. cakap hari ni juga kena start injection Foliculin 150iu..harga ubat ni kat luar RM176/box..1 box = 1 injection..dalam sehari tu hanya sekali injection kat perut..sebaik-baiknya masa yang sama dan paling baik waktu pagi...So, Dr. bagi stok untuk 7 hari..7 kali injection..ubat ni puan-puan kena letak dalam cooler box untuk pastikan dia sejuk..bila kat ofis dan rumah Ju simpan dalam ice box. Day 10 period nanti datang klinik untuk tracking perkembangan telur..

Bila sampai masanya Dr. scan nampaknya dah ada perkembangan..tapi leading folicle tak cukup besar lagi..So, sambung lagi injection dan datang semula Day 13 untuk scan sekali lagi untuk tengok telur yang matang..Kalau ada, dah boleh induced untuk ovulation dan buat timed sexual intercourse..

DAY 13 PERIOD
Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba..berdebar-debar juga time ni..bila Dr. scan, alamak ada 9 biji telur yang besar (17-18mm) time ni..So Dr. cakap IUI kena cancle..Hah cancel..rasa nak nangis dah..penat-penat kita inject hari-hari tapi last-last kena cancel.."terlalu banyak telur, kita perlukan dua sahaja" tu yang Dr. cakap..tp kalau Ju nak teruskan, Dr. bagi pilihan untuk buat IVF..macam mana? IVF?.Dr. cakap perkara begini memang biasa berlaku..

Masalahnya bila buat IVF ni kena bayar sendiri..Lepas bincang dengan husband kami setuju untuk teruskan..Sebelum ni memang pernah terfikir untuk buat IVF..tapi bila tanya kos dekat Sabah Medical Centre masa tu..sekarang dah jadi KPJ dah..kosnya dalam 20K..mana nak cari duit dalam 20K? Mahal sangat..di luar kemampuan kami masa tu..tapi, Dr. Mashita offer upgrade kepada IVF Ju pun setuju..rasanya dah lama Ju idamkan saat ni..last-last Allah bagi tanpa dirancang..

Bila dah upgrade jadi cycle IVF ni Dr. pn explain la kat Ju proses-prosesnya, risiko dan komplikasi IVF..Ubat kena tambah lagi..Kak Dewi, nurse yang jaga klinik fertiliti bagi Ju list ubat-ubat yang perlu di beli di Sabah Specialist dan list caj perkhidmatan rawatan IVF..bila tengok list harga, alhamdulillah..masih dalam kemampuan kami..

Nama Ju di masukkan dalam list utk ovum pickup prosedur (OPU)..lepas Dr. Mashita dn Dr. Hatta berbincang, mereka setuju kalau Ju dimasukkan dalam group hari isnin..Dr. Hatta cakap Ju ni terlajak laris..Hahaha

Suntikan Folicullin 150iu masih di teruskan sehingga day 15 period..tambah lagi 3 box ubat..so semuanya ada 10 injection folicullin..bermula day 13 juga kena start inject Orgalutran 0.25mg sehingga day 15..ada 3 injection..Day 15 tepat jam 10pm kena inject Ovidrel pla..Orgalutran harganya RM200/syringe dan Ovidrel RM150/box..ubat-ubat ni perlu dibeli di Sabah Care Specialist..

 
Inilah Folicullin injection..ada 2 ampules..kita kena bancuh sendiri ubat ni..nanti Dr. bagi tunjuk caranya macam mana nak mix and cucuk..thats why kenapa ada 2 saiz jarum untuk folicullin..1 untuk mix dan 1 lagi untuk inject.

Beginilah rupanya ubat Ovidrel tu..Yang ni harganya RM150/box..

 Inilah ubat Orgalutran tu..Harganya RM200/syringe.

 Jarum untuk inject Foliculin..ada yang Ju dapat free dari Kak Dewi..ada yg Ju beli dekat farmasi.

Hasil jarum-jarum yang dah digunakan.

Day 17 period..Ovum pickup procedure..kita sambung cerita part 3 pla ya.


IUI jadi IVF..Semuanya ketentuan Allah (Part 1)
Bismillahirrahmanirrahim..Bagi rakan-rakan pembaca yang melayari blog ini pasti tengah mencari maklumat pasal pengalaman rakan-rakan ttc yang pernah menjalani rawatan kesuburan IVF kan? Sebenarnya Ju tidak pernah merancang untuk ttc sejak Ju diarahkan oleh pihak majikan untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD di luar negara. Jadi dari tahun 2015 lagi Ju sudah sibuk mencari tempat belajar dan alhamdullillah Ju dapat tawaran tempat di University of Auckland, New Zealand dalam bidang Exercise and Sports Science (Biomechanic) untuk kanak-kanak cerebral palsy..Namun, setelah selesai semua urusan termasuk ujian IELTS, Kursus Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (kursus BTN wajib bagi kakitangan kerajaan yang ingin cuti belajar keluar negara),urusan tempat tinggal, tup tup lepas pembentangan bajet Feb 2016 oleh PM..semua biasiswa sambung belajar ke Luar Negara di gantung sebab masalah ekonomi negara..keutamaan hanya diberikan kepada bidang-bidang pengajian kritikal sahaja..maksudnya bukan rezeki Ju..last-last Ju buat PhD juga, tapi di Universiti Malaysia Sabah, bidang yang sama tapi kepakaran terapi senaman untuk pesakit strok..bidang terapi strok ni sama masa Ju buat master dulu..Jadi kiranya Ju ni nanti jadi pakar terapi senaman Pesakit Strok la..Insyallah pasti ada hikmah untuk semuanya yang berlaku kan..Disinilah titik bermula perjalanan ttc yang tidak dirancang..Begini ceritanya

APRIL 2017
Ju di rujuk ke klinik O&G Hospital Likas oleh Dr. di Hospital Queen Elizabeth 2 kerana masalah prolonged bleeding. Dah 3 minggu period tak stop..Appointment untuk jumpa pakar 2 minggu lepas rujukan di buat (ni memang standard la untuk hospital kerajaan).

MEI 2017
Ju berjumpa dengan pakar O&G di Hospital Likas..tup tup pakar yang Ju jumpa ni adalah Ketua Kumpulan Ju masa Ju berkursus Transformasi Pegawai Ke Luar Negara tahun 2015 dulu..Masa tu Dr. Dayang Mashita nak sambung buat Sub-kepakaran dia kat Singapore, Ju pula nak buat PhD di New Zealand..Apalagi alang-alang dah buat PhD kat sini kan, Dr. Masgita advice la cuba usaha buat IUI lagi. Dia memang tahu Ju dah 7 tahun kawin tapi belum ada rezeki anak lagi..Sebelum ni memang dah pernah buat kat swasta tapi FAILED..dan buat kat swasta kos dia memang mahal, dalam 3K juga la Ju habis sebelum ni..masa tu dulu buat dengan Dr. John Teo kat Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Lintas, dekat Luyang..Dr. Mashita cakap jangan risau dia dah balik Likas dah..cuti belajar dia dah pun habis..alamak tak sedar rasanya masa yang berlalu tu..So Dr. cakap kalau nak buat IUI second day period nanti kena start ambil clomid and first day period datang hospital ambil darah..

Cerita seterusnya kita sambung Part 2 ya..Panjang sangat ceritanya..hehehe

LAMA tak Update
Lebih dua tahun dah Ju tak update blog ni. Bukan apa dlm tempoh dua tahun ni Ju sangat sibuk sehingga terabai la blog ni nampaknya..Tak apa lepas ni Ju cuba update perkara-perkara penting dalam hidup Ju, semoga menjadi panduan dan perkongsian ilmu untuk pembaca blog ini. Kita update nanti satu-satu ya.

Wednesday 8 July 2015

Disengat PENYEGAT..

Hari ni ju nak cerita pasal pengalaman disengat penyegat. Kejadian ni berlaku hari Ahad lalu di rumah Ju. Hari Ahad tu selepas suami Ju pulang ke Kudat, apalagi Ju dan adik bongsu Ju mulakan la projek membuat 'Taman Sayur-sayuran' di tepi rumah. Sebelum memulakan projek, tapak kena lah sediakan dulu. Maka Ju pun menebas beberapa batang pokok bunga yang termasuk dalam sempadan kawan 'Taman Sayur-sayuran'. Tiba-tiba Ju rasa sakit seperti dicucuk jarum dekat lutut Ju..aduhhh..lepas tu, Ju tengok beberapa ekor penyegat tiba-tiba keluar dari rimbunan daun pokok yang ju baru tebang..Ouchh..satu lagi sengatan hinggap di pergelangan tangan..Lepas tu, apa lagi..LARIIIII..Nasib baik adik Ju cepat-cepat lari..Adik ju pun cepat-cepat cari bunga dan gosok tempat di sengat, kononya supaya tak bengkak (Petua orang kampung). Tapi memang betul, tangan ju tak berapa bengkak cuma gatal-gatal..Pengalaman sebelum ni, asal disengat ja memang akan mengembang macam belon, sebab Ju ni kan ada alergik..Semut merah gigit pun bengkak besar, apa lagi penyegat.

Beginilah rupa penyegat yang menyegat Ju (Gambar ni di pinjam and copy & paste dari internet)..Penyegat sebenar tak sempat nak ambil gambar.

Selepas 24 jam disengat, jari-jari tangan ju mula rasa kebas..Driving ke tempat kerja, Ju mula rasa tak selesa pegang stering..Sampai kat pejabat, Ju nak menulis pun susah..pegang pen rasa tak selesa, mana taknya, tangan yang disengat adalah tangan sebelah kanan..Ju mula rasa tak sedap hati dan mengadu dekat suami Ju. Ju bagitaulah tangan Ju tak bengkak tapi jari-jarinya rasa kebas..Tapi Ju tahan saja..Dekat tengahari, rasa kebas dah merebak sampai kat siku..tapi ju pelik, tangan Ju taklah bengkak besar, kenapa bole rasa kebas pula ni? Lepas dah tak tahan Ju pun pergilah Klinik jumpa Dr.

Bila jumpa Dr., ju ceritalah semua yang berlaku dan Dr. bagitahu Ju, rasa kebas yang merebak sampai ke siku tu adalah tanda Ju alergik dengan bisa penyegat. Apa lagi macam biasalah kena buat suntikan untuk neutral kan bisa-bisa tu. Dr. bagi Ju injection DECAN 2ml + CHLORPHENIRAMINE 10ml dan ubat tablet untuk makan Dexalon, Cetrizene, Beazyme dan ubat sapu Firesens..Total kos ke Klinik hari ni RM105.00..Injection tu akan buat kita rasa sangat-sangat mengantuk, buka mata pun tak bole..Apa lagi Ju tidur la kat ofis..nak pulang rumah tak larat dah nak drive..nasib baik sekarang ni student cuti, so dapatlah Ju tidur kat bilik tanpa gangguan.
 

Thursday 25 September 2014

VITAMIN C DRIP

Saya buat rawatan ini seminggu yang lepas atas saranan daripada Dr. Sai dari Poliklinik Permai, KK disebabkan masalah Chronic Urticaria yang saya alami. Vitamin C ini bagus untuk kesihatan kulit disamping meningkatkan sistem imunisasi tubuh terutamanya bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah. Dalam kes saya, Chronic Urticaria yang saya alami menyebabkan saya terpaksa mengambil suntikan steroid. Yang terbaru Dr terpaksa memberikan Injection PREDON 25mg 10ml bersama Prednisolone Tab. Pengambilan Steroid akan menyebabkan sistem imunisasi kita menjadi lemah.
 
 Drip Vitamin C 1000mg (salt) with Sodium Lactate (HARTMAN's) 500ml


Drip ni mula-mula nurse nak pasang ditangan saya, tapi disebabkan urat halus dan dah cucuk 3x sampai naik lebam tak jumpa urat, so saya request buat kat lengan. Mula-mula nurse tu nak, dia nak cuba juga kat tangan buat kali ke empat tapi saya dah tak sanggup..Sakit wooo..Saya cakap dengan dia, kat lengan lagi bagus, urat besar sikit..tapi dia nak cuba jg dekat tangan, sebab katanya, kalu letak kat lengan tangan tak dapat nak bengkok..tapi, saya berkeras juga nak letak drip dekat lengan..biarlah tak dapat nak bengkok, yang penting saya dah tak tahan kena cucuk berulang kali..last2 nurse tu mengalah juga.

Kesan dari rawatan ni agak bagus dari segi kesihatan. Apa yang saya rasakan, selepas rawatan ini dibuat, saya merasakan badan saya lebih segar dan bertenaga..tapi Hurmm..kesan sampingan lain adalah meningkatkan selera makan. Hahaha, which is tak bagus utuk saya yang bercita-cita nak turunkan berat badan. Tapi dalam tempoh dua minggu lepas buat rawatan ni, masalah chronic urticaria saya dah berkurangan. Yeay, akhirnya saya dalam beradu dengan lena tanpa gangguan. Kalau rakan-rakan blogger nak tahu, kos semua rawatan hari ini RM248.00 termasuklah bayaran consultation dokter dan blood test. Tapi lepas buat rawatan ni kulit memang nampak berseri-seri dan sihat. Rakan-rakan yang nak cuba, dapatkan nasihat dokter terlebih dahulu bagi memastikan rakan-rakan selamat daripada kesan sampingan yang tidak diingini. Wassalam

 

Monday 19 May 2014

CHRONIC URTICARIA

Chronic Urticaria ni adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kulit kita gatal-gatal, merah dan membengkak dan penyebabnya dalam kes Ju ni tidak diketahui..Dr. hanya bagitau kemungkinan disebabkan oleh Delayed Pressure Urticaria (DPU). Dalam kes DPU ini, pencetusnya adalah disebabkan tekanan pada kulit dan response nya hanya berlaku 6-24 jam selepas terdedah dengan tekanan.



Beginilah rupa bibir Ju bila alergic datang..Lebih tebal daripada bibir Angelina Jolie..Penyebabnya adalah tidak diketahui atau dalam bahasa perubatannya Idophatic.

Gambar ni Ju ambil jam 1.00am..Ju terbangun sebab tak dapat tido..Alergic tu keluar kat kaki..Rasa gatalnya ni macam 100 ekor nyamuk gigit kat kaki..yang sadisnya bila garu, kulit kita akan rasa sakit dan tak dapat nak sentuh apatah lagi berjalan..Selalunya, seksa ni akan berakhir selepas 2 jam dan hilang begitu sahaja tanpa kesan di kulit.

Sebenarnya chronic urticaria ini ju alami sejak 7 tahun yang lalu. Sampai sekarang Dr. masih tak dapat nak ketahui punca dan penawarnya. Ubat yang ada hanyalah antihistamine dan steroid. Steroid adalah yang ju paling benci. Sebabnya ubat ini membuatkan badan Ju mengembang macam belon ditiup, terutamanya bahagian abdomen dan muka.

Bayangkan lah macam mana siksanya Ju hadapi penyakit ini setiap hari. Namun, Ju sangat-sangat bersyukur sebab Allah menguji Ju. Mungkin, dengan musibah penyakit yang Allah turunkan pada Ju, mampu menjadi penyuci dosa-dosa Ju yang lalu. Ju sangat bersyukur, walaupun ju menghidap penyakit ini, tetapi pada zahirnya orang lain melihat ju seperti orang lain yang sihat.

Oleh kerana jenis urticaria yang Ju alami adalah jenis Delayed Pressure Urticaria maka, aktiviti-aktiviti seharian seperti berjalan, duduk, mengangkat barang, menyapu, memerah kain atau apa-apa sahaja perkara yang melibatkan tekanan pada kulit Ju akan mencetuskan alergik. Biasa alergik ni akan keluar pada waktu tengah malam disebabkan aktiviti yang Ju lakukan pada siang hari.

Sejak Ju menghidap penyakit ni, Ju terpaksa membataskan aktiviti seharian dan hanya melakukan aktiviti-aktiviti ringan. Kadang-kadang, suami terpaksa membantu Ju melakukan kerja-kerja rumah bila serangan alergik bertambah teruk. Pakaian, cadar, selimut pun perlu dipilih kainnya. Tidak boleh kain yang kasar, sebab kain yang kasar memberi geseran pada kulit Ju dan seterusnya mencetuskan alergik. Begitu juga selipar hendaklah yang lembut, lantai rumah pun perlu sentiasa bersih.

Ahh..siksanya kehidupan seperti ini..begitulah reaksi rakan-rakan Ju, yang bersimpati dengan keadaan yang Ju alami. Tapi, Ju tetap bersyukur sebab Ju adalah orang yang terpilih untuk di uji dan menjadikan Ju orang yang penyabar dan lebih mensyukuri erti nikmat kesihatan. Ingatlah, kadangkala bila kita di uji oleh penyakit, jangan kita cepat mengeluh dan menyalahkan Allah kerana Allah tidak menguji kita pada sesuatu yang tidak mampu kita pikul. Ingatlah juga ada insan lain di luar sana yang lebih menderita berbanding kita. 
SECOND BLOOD TEST..
Hari ni pagi-pagi lagi ju datang ofis selesaikan apa-apa yang patut sebelum pergi buat ujian darah di Pathlab, Kg. Air Kota Kinabalu. Ju bergerak dalam jam 10.30am dan sampai dalam jam 11.00am. Hari ni jalan tak jem sangat dan senang je Ju dapat parking hari ni. Ju kena buat buat ujian darah nie sebab Dr. nak kenalpasti sebab-sebab spontaneous bruises yang Ju alami sejak dua bulan lepas tanpa sebab yang diketahui.

Sampai-sampai ja di Pathlab Ju terus serahkan borang untuk ambil darah dengan amoi cantik kat kaunter pendaftaran tu. Ju kena tunggu dalam setengah jam sebelum buat test sebab orang yang nak ambil darah ni keluar, belum balik lagi. Tak lama tue nama Ju dipanggil. Ju senyum-senyum sebab hari tu Ju ambil darah dengan dua lelaki ni juga. Nama ujian darah yang Ju nak buat hari ni dipanggil Homeostasis Studies 34K. Ujiannya termasuklah Complete Blood Count (CBC), Differential Count, Bleeding time, Clotting time, Prothrombin time.   

 Kaunter pendaftaran

 Pandangan dari tempat duduk..Dah ready nak kena cucuk.

 Tiap kali nak buat Homeostasis studies ni, dorang akan ambil darah dekat lengan..3 tubes warna merah macam kat dalam gambar ni..Banyak juga kan..Tapi, kali ni Ju dah sedia sebab dah ada pengalaman.hehehe

Kali ni yang nak ambil darah Ju lelaki yang tua sikit..dia cucuk, seriously tak rasa sakit. Mungkin sebab uncle ni dah banyak pengalaman..ambil darah kerja dia hari-hari. Masa ju ambik darah sebelum ni, lelaki yang muda yang cucuk. Sakit sikit sebab dia cucuk dua kali dan jarumnya, mak oii besar..pastu ada lagi darah berlebihan terpaksa dibuang. Kali ni uncle tu ambik cun-cun je..taklah membazir darah aku. 

Lepas ambik darah tu, dorang suruh tunggu di luar dulu dan nanti dorang akan panggil balik, nak ambil darah kat telinga pulak..Ambil darah kat telinga ni, tujuannya nak ukur bleeding time. Berapa cepat darah korang berhenti lepas terluka. Waktu mula-mula dulu, Ju takut sangat bila dorang bagitau nak ambil darah kat telinga pulak. Ju terbayang jarum besar dicucuk kat telinga ju nak ambil darah..Huhuhu..masa tu takut sangat..Tapi, rupanya tak adelah sakit sangat. Dorang tak gunakan picagari pun. Caranya mereka hanya lukakan sedikit cuping telinga gunakan lancet. Sakit macam kena cucuk jarum je. Lepas tu catat masa berapa lama bleeding tu berhenti.

Gambar kat bawah ni ada result ujian darah Ju bulan lepas. Yang ada highlight tu, maksudnya tak normal. Darah Ju lambat membeku..meaning, bila Ju luka, darah Ju akan mengalir lebih banyak banding orang lain dan sebab itu juga badan Ju selalu muncul lebam-lebam. Diagnosisnya..Doktor masih tak tahu lagi sebabnya dan masih lagi buat beberapa ujian untuk mengenalpasti masalah sebenar sebab Complete Blood Count Ju semuanya normal. Harap-harap result ujian darah yang kedua ni lebih baik..AMINN

Result Ujian darah yang dibuat bulan lepas.