Monday 19 May 2014

CHRONIC URTICARIA

Chronic Urticaria ni adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kulit kita gatal-gatal, merah dan membengkak dan penyebabnya dalam kes Ju ni tidak diketahui..Dr. hanya bagitau kemungkinan disebabkan oleh Delayed Pressure Urticaria (DPU). Dalam kes DPU ini, pencetusnya adalah disebabkan tekanan pada kulit dan response nya hanya berlaku 6-24 jam selepas terdedah dengan tekanan.



Beginilah rupa bibir Ju bila alergic datang..Lebih tebal daripada bibir Angelina Jolie..Penyebabnya adalah tidak diketahui atau dalam bahasa perubatannya Idophatic.

Gambar ni Ju ambil jam 1.00am..Ju terbangun sebab tak dapat tido..Alergic tu keluar kat kaki..Rasa gatalnya ni macam 100 ekor nyamuk gigit kat kaki..yang sadisnya bila garu, kulit kita akan rasa sakit dan tak dapat nak sentuh apatah lagi berjalan..Selalunya, seksa ni akan berakhir selepas 2 jam dan hilang begitu sahaja tanpa kesan di kulit.

Sebenarnya chronic urticaria ini ju alami sejak 7 tahun yang lalu. Sampai sekarang Dr. masih tak dapat nak ketahui punca dan penawarnya. Ubat yang ada hanyalah antihistamine dan steroid. Steroid adalah yang ju paling benci. Sebabnya ubat ini membuatkan badan Ju mengembang macam belon ditiup, terutamanya bahagian abdomen dan muka.

Bayangkan lah macam mana siksanya Ju hadapi penyakit ini setiap hari. Namun, Ju sangat-sangat bersyukur sebab Allah menguji Ju. Mungkin, dengan musibah penyakit yang Allah turunkan pada Ju, mampu menjadi penyuci dosa-dosa Ju yang lalu. Ju sangat bersyukur, walaupun ju menghidap penyakit ini, tetapi pada zahirnya orang lain melihat ju seperti orang lain yang sihat.

Oleh kerana jenis urticaria yang Ju alami adalah jenis Delayed Pressure Urticaria maka, aktiviti-aktiviti seharian seperti berjalan, duduk, mengangkat barang, menyapu, memerah kain atau apa-apa sahaja perkara yang melibatkan tekanan pada kulit Ju akan mencetuskan alergik. Biasa alergik ni akan keluar pada waktu tengah malam disebabkan aktiviti yang Ju lakukan pada siang hari.

Sejak Ju menghidap penyakit ni, Ju terpaksa membataskan aktiviti seharian dan hanya melakukan aktiviti-aktiviti ringan. Kadang-kadang, suami terpaksa membantu Ju melakukan kerja-kerja rumah bila serangan alergik bertambah teruk. Pakaian, cadar, selimut pun perlu dipilih kainnya. Tidak boleh kain yang kasar, sebab kain yang kasar memberi geseran pada kulit Ju dan seterusnya mencetuskan alergik. Begitu juga selipar hendaklah yang lembut, lantai rumah pun perlu sentiasa bersih.

Ahh..siksanya kehidupan seperti ini..begitulah reaksi rakan-rakan Ju, yang bersimpati dengan keadaan yang Ju alami. Tapi, Ju tetap bersyukur sebab Ju adalah orang yang terpilih untuk di uji dan menjadikan Ju orang yang penyabar dan lebih mensyukuri erti nikmat kesihatan. Ingatlah, kadangkala bila kita di uji oleh penyakit, jangan kita cepat mengeluh dan menyalahkan Allah kerana Allah tidak menguji kita pada sesuatu yang tidak mampu kita pikul. Ingatlah juga ada insan lain di luar sana yang lebih menderita berbanding kita. 

No comments:

Post a Comment